Platform aplikasi Whatsapp digunakan kerana ia mempunyai kadar penggunaan yang tinggi di kalangan orang ramai serta lebih mudah, pantas dan efisien untuk pengguna.
Kini, melalui aplikasi Whatsapp, pengguna lebuh raya boleh berinteraksi dengan lebih pantas melalui Chatbot ‘PUTRI’ untuk mendapatkan bantuan kecemasan atau mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan lebuh raya.
Selain itu, Chatbot ‘PUTRI’ juga berupaya untuk memberi maklumbalas dengan lebih cepat berkaitan perkhidmatan Lebuhraya PLUS seperti kadar tol, pertanyaan umum, informasi produk , promosi terkini, laporan kejadian terkini dan lain-lain lagi.
Sejak diperkenalkan pada September 2020, Chatbot ‘PUTRI’ merupakan program perisian bercirikan teknologi Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligence tau A.I) dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning) yang menggunakan pemprosesan bahasa untuk berinteraksi melalui teks.
Oleh itu, di saluran terbaharu menerusi aplikasi Whatsapp, Chatbot ‘PUTRI’ mampu untuk berinteraksi secara dwibahasa.
Chatbot ‘PUTRI’ juga telah menerima pengiktirafan dan dianugerahkan sebagai Johan bagi kategori Sektor Swasta pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2023 yang berlangsung di Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang baru-baru ini.
Pengguna lebuh raya boleh berinteraksi dengan Chatbot ‘PUTRI’ menerusi Aplikasi Whatsapp di talian 019-356 9802.
Selain itu, boleh juga melalui pilihan platform yang lain iaitu di Aplikasi PLUS, laman web PLUS di www.plus.com.my, Aplikasi X @PLUS2U, portal PLUSMiles di www.plusmiles.com.my, dan juga menerusi laman Facebook PLUS Malaysia.
PENULIS : FIRDAUS RAZANI