PLUS saran pengguna ikut jadual cadangan waktu perjalanan elak kesesakan di musim perayaan

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 21 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020 ini sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan kesesakan dan menyuraikan trafik di lebuh raya, kawasan rehat dan rawat dan plaza tol pada musim perayaan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, “Berdasarkan TTA yang dikeluarkan, pelanggan dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi. 

Manakala, pelanggan yang menuju ke lain-lain destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 3 petang.”

 


“Sementara itu, orang ramai daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor menuju ke Lembah Klang bagi tempoh yang sama, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi. Manakala, bagi pelanggan lebuh raya daripada lain-lain negeri atau destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 3 petang,” tambah Zakaria.

“Kami amat menggalakkan pelanggan lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual TTA yang dikeluarkan untuk menikmati perjalanan yang lebih lancar,” tambah beliau.

Jadual TTA sempena perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2020 juga boleh didapati menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my.

Sementara itu, bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa, PLUS menasihatkan agar pelanggan menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal, selain memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi.

PLUS juga menasihatkan pelanggan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi Twitter PLUSTrafik, papantanda elektronik lebuh raya atau menghubungi talian PLUSLine di 1800 88 0000.

Mereka juga disarankan supaya merujuk aplikasi Waze atau Google Map untuk merancang perjalanan ke
destinasi masing-masing.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…