Pengguna lebuh raya PLUS berpeluang memenangi baucar membeli-belah tersebut apabila mematuhi perjalanan mereka yang telah didaftarkan dengan MyPLUS-TTA di dalam Aplikasi PLUS.
Tawaran itu dilancarkan bersempena cuti Perayaan Tahun Baru Cina di mana jumlah trafik dijangka akan meningkat sehingga mencecah 2 juta kenderaan sehari.
My-PLUS TTA merupakan pendekatan digital PLUS untuk membantu orang ramai merancang dan memilih masa perjalanan yang paling sesuai.
Inisiatif MyPLUS-TTA adalah sebahagian usaha PLUS untuk meningkatkan keselesaan para pengguna lebuh raya semasa musim perayaan menerusi pengagihan trafik berdasarkan data perjalanan pada musim perayaan yang lalu.
Pengguna lebuh raya PLUS boleh mendaftarkan perjalanan dan memilih waktu perjalanan yang paling optimum untuk perjalanan musim perayaan Tahun Baru Cina di antara 8 Februari hingga 13 Februari yang akan datang.
Menurut Plus, seramai 115 pengguna lebuh raya PLUS yang mendaftar dan mematuhi waktu menerusi aplikasi MyPLUS-TTA dalam tempoh tersebut akan dipilih sebagai pemenang.
Setiap 15 pemenang akan menerima hadiah utama yang berupa baucar beli belah yang bernilai RM1,000 setiap satu.
Manakala, 100 pemenang saguhati pula bakal menerima 8,800 mata ganjaran PLUSMiles yang dikreditkan ke dalam akaun PLUSMiles mereka untuk menebus pelbagai ganjaran menarik seperti baucar kredit e-dompet atau digunakan di R&R terpilih sepanjang lebuh raya PLUS.
Pengguna yang telah mendaftarkan pilihan waktu perjalanan mereka menerusi aplikasi MyPLUS-TTA akan mendapat akses kepada notifikasi maklumat trafik terkini berdasarkan destinasi dan tarikh perjalanan yang telah dipilih.
Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store atau App Store.