PLUS, TNB jalin kerjasama bangunkan jaringan stesen pengecasan EV

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan kerjasama dengan Tenaga National (TNB) untuk mengurangkan emisi karbon selaras dengan komitmen kerajaan untuk mencapai emisi sifar bersih karbon seawal 2050.

Tiga inisiatif utama bakal dilaksanakan menerusi kolaborasi ini iaitu pembangunan jaringan stesen pengecasan kenderaan elektrik, pemasangan sistem pemantauan kecekapan tenaga serta sistem photovoltaic solar di kawasan Rehat & Rawat (R&R) terpilih.

Kolaborasi itu tidak menyatakan lokasi tepat bagi pemasangan stesen pengecasan, namun menurut dokumen yang diperoleh rakan media Paultan, terdapat lapan lokasi cadangan pemasangan fasiliti pengecasan pantas yang disediakan oleh pembekal tertentu seperti:

  • R&R Gurun (kedua-dua arah) - DC 120 kW (oleh Exicom dan ABB)
  • R&R Gunung Semanggol Arah Selatan - DC 150 kW (oleh ChangeCore)
  • R&R Tapah Arah Utara - DC 180 kW (oleh Siemens)
  • R&R Rawang Arah Utara - DC 150 kW (oleh ChangeCore)
  • R&R Ayer Keroh Arah Utara - DC 120 kW (oleh Star Charge)

Terdapat dua lagi lokasi cadangan yang akan dipasang di LPT2 seperti berikut:

  • R&R Paka (kedua-dua arah) - DC 120 kW (oleh Star Charge dan Exicom)

Selain pemasangan stesen pengecasan, kolaborasi PLUS-TNB bakal melaksanakan pemasangan sistem solar photovoltaic dan sistem pemantauan kecekapan tenaga di R&R Ayer Keroh (Arah Utara) dan R&R Tapah (Arah Utara) dengan jumlah kapasiti 360 kWp (kilowatt peak).

Ketiga-tiga inisiatif ini dijangka mampu mengurangkan emisi karbon selain menyokong penggunaan tenaga hijau dan mengoptimasikan penggunaan tenaga elektrik di dalam operasi perniagaan selaras dengan komitmen kepada Environment, Social and Governance (ESG).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengecas pantas DC TNBElectron 90 kW kini dibuka untuk digunakan oleh pemilik EV secara percuma…
Berita Domestik
Stesen-stesen tersebut, yang dijadualkan siap menjelang 2025, akan mempercepatkan pembangunan…
Informasi
  Menurut kenyataan itu, LRT Laluan Shah Alam yang dahulunya dikenali sebagai LRT3 dijangka…