Kenaikan tarif elektrik - tamparan untuk EV? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenaikan tarif elektrik bermula 1 Januari 2024 adalah antara isu yang diperkatakan sejak semalam.

Secara ringkasnya, jika bil elektrik rumah anda melebihi RM220 sebulan, anda akan membayar lebih dari itu mulai tahun hadapan.

Hadiah yang menarik bukan? 
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Tetapi semua sedia maklum bahawa subsidi menjadi tanggungan terbesar negara dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan jumlah tersebut agar negara boleh melabur di dalam sektor yang lain.

Menurut laporan-laporan akhbar tempatan, sebanyak 1.2 juta kediaman akan menerima peningkatan antara 4.2 peratus ke 6.0 peratus pada bil elektrik mereka.

Tak banyak sebenarnya - antara RM12 ke RM32 menurut kata rakan kami di PaulTan.org

Namun jumlah penjimatan itu kepada kerajaan adalah bernilai RM266.2 juta - yang boleh disalurkan ke pelbagai kegunaan lain yang lebih memerlukan (bidang pendidikan atau kesihatan contohnya).

Adakah ini akan menjadi satu tamparan hebat kepada industri automotif EV kita? 

Ya, bakal ada sedikit peningkatan yang saya kira masih mampu untuk ditanggung bagi pemilik-pemilik EV yang rata-rata adalah dari golongan "upper" M40 dan T20.

Saya tak merasakan ia akan menjadi bebanan yang berat bagi pengguna EV yang melakukan pengecasan di rumah.

Cuma dari pengalaman saya sendiri, EV ini memerlukan lebih banyak pengecasan berbanding dengan kenderaan berenjin biasa (ICE). 

Ada juga EV yang menjimatkan tenaga (power efficient) tetapi ia lebih kepada model-model yang mahal.

EV juga lebih sensitif kepada sebarang perubahan fizikal - contohnya tekanan udara tayar yang rendah akan memberikan efek yang jauh lebih terasa. Begitu juga dengan beban kargo.

Ini bermakna untuk pemilik EV terus merasakan bahawa penggunaan EV mereka berbaloi, mereka perlu lebih "rajin" dalam memeriksa keadaan kenderaan elektrik itu.

Namun apa yang pasti, kadar harga di stesen-stesen pengecasan jauh lebih tinggi dan ini menjadikan perjalanan jauh dengan EV bukan hanya menyukarkan, tetapi mahal.

Mungkin kerajaan Madani boleh mengambil iktibar dari kerajaan Thailand yang kini menawarkan kadar pengecasan EV yang jauh lebih rendah kerana di Malaysia, masih tidak ada tarif istimewa untuk tujuan tersebut.

Yang lebih pasti, kerajaan patut membuat perancangan jangka masa panjang dan bukannya keputusan terhabis lambat seperti ini kerana ia bukan hanya tidak membantu dalam perancangan syarikat-syarikat automotif, tetapi perancangan kewangan pengguna-pengguna tempatan.

Wallahualam.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terkini, pengeluar jenama Britain yang kini dimiliki oleh Geely itu mengumumkan…
Berita Domestik
"Malaysia adalah lokasi yang sangat menarik, kita adalah pengeksport produk semikonduktor keenam…
Berita Domestik
"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai…