Polis - Pejalan kaki warga China berpaut pada Myvi dalam cubaan melarikan diri ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki yang dilihat berpaut pada sebuah Perodua Myvi sebelum diseret dalam video yang tular di media sosial, ditahan polis awal pagi semalam.


Lelaki warga China tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut selepas mendakwa dirinya diancam orang awam semasa berada di lokasi kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran sebuah sekolah Cina di Jalan Imbi, di Kuala Lumpur.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam video yang tular memaparkan seorang lelaki sedang cuba berpaut pada pedal pintu belakang sisi kiri Perodua Myvi.

 

"Kejadian itu berlaku selepas kemalangan, di mana pejalan kaki warga China cuba masuk ke dalam Perodua Myvi yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan kerana khuatir keselamatan diri terancam oleh orang awam akibat kemalangan.

 

"Pejalan kaki itu telah dibawa oleh anggota unit kereta peronda MPV ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi tujuan dokumentasi kerana mengadu diancam orang awam semasa di lokasi kemalangan terbabit," katanya.

 

"Proton Exora yang berada di lorong tengah membrek secara mengejut kerana mengelak seorang lelaki yang tiba-tiba melintas jalan, pada masa Toyota Vios datang dari belakang namun sempat memberhentikan.

 

"Tiba–tiba sebuah motosikal dari belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar Toyota Vios dan terbabas sebelum melanggar Proton Exora. Sebuah lagi motosikal datang dari arah sama kemudian merempuh motosikal yang terbabit kemalangan lebih awal itu," katanya.

 

Sarifudin berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal jenis Yamaha mengalami luka pada muka, manakala penunggang motosikal sebuah lagi motosikal patah kaki kiri.

 

"Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital HUKM Cheras, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami kecederaan.

 

"Kes kemalangan ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1978 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa," katanya.

 

Mengulas kemalangan itu, beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 pagi tadi membabitkan dua kereta iaitu Proton Exora dan Toyota Vios, serta dua motosikal dan seorang pejalan kaki.

 

 

 

Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek telah…
Berita Global
Pengendali kenderaan itu, gergasi teknologi China Baidu, berkata dalam satu kenyataan kepada media…
Berita Domestik
"Video yang dikongsi Facebook itu memaparkan seorang pejalan kaki dilanggar oleh sebuah motosikal…