Polis selamatkan pemandu Nissan X-trail yang hampir tenggelam dalam banjir kilat

oleh Penyumbang Rencana|
Pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) berdepan detik cemas apabila kenderaannya itu hampir tenggelam susulan banjir kilat di terowong Jalan Chan Sow Lin, di Kuala Lumpur, pada petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, dia diselamatkan tiga anggota polis yang sedang bertugas mengawal lalu lintas susulan beberapa laluan di sekitar ibu negara ditenggelami air berikutan hujan lebat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika sedang bertugas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu terlihat sebuah SUV Nissan X-Trail dalam keadaan terapung di lokasi kejadian dengan pemandunya masih di dalam kenderaan.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, melihat keadaan itu, salah seorang anggota lantas terjun ke dalam air bagi menyelamatkan mangsa.

Air naik kira-kira jam 6 petang tadi di kawasan Jalan Chan Sow Lin menghala ke Jalan Pudu menyebabkan kenderaan dipandu seorang lelaki tenggelam.

“Tiga anggota berkenaan Koperal Syed Syafiq Syed Halim, Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail dan Lans Koperal Shahrip Kamaruzaman bertindak pantas menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mangsa berusia 27 tahun itu pada mulanya tidak dapat membuka pintu bahagian pemandu yang sudah ditenggelami air.

“Namun, lelaki itu berjaya keluar melalui pintu penumpang belakang yang masih terapung beberapa minit kemudian.

“Mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat dengan bantuan anggota terbabit,” katanya.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…