Porsche 718 Cayman GT4 RS 2022 - Cayman yang paling ekstrem

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Los Angeles Auto Show 2021, Porsche melancarkan sebuah varian Cayman bertaraf mercu yang digelar sebagai 718 Cayman GT4 RS.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Seperti yang diperlihatkan menerusi ujian di Litar Nurburgring, 718 Cayman GT4 RS merupakan model yang lebih serius dan lebih pantas berbanding model GT4 standard, dengan catatan masa 23.6 saat lebih laju mengelilingi litar yang lebih pendek (20.6 km).

Apa yang pasti, 718 Cayman GT4 RS masih lagi dilengkapi dengan nadi 4.0 liter flat-six namun dengan angka output 496 hp dan 449 Nm, jauh lebih berkuasa berbanding 414 hp/420 Nm pada model Cayman GT4.
 

GT4


Kuasa tersebut disalurkan ke roda menerusi transmisi klac berkembar PDK sahaja, tidak seperti Cayman GT4 yang masih lagi boleh didapati dalam versi manual.

Namun, kuasa ekstra itu membolehkan pecutan 0-100 km/j hanyalah sekitar 3.2 saat, dan kelajuan tertinggi 315 km/j.

Selain daripada itu, 718 Cayman GT4 RS juga turut didatangkan dengan suspensi boleh laras, dengan unit peredam, spring dan bar anti-oleng yang telah ditala semula, sementara ketinggian jentera ini 30 mm lebih rendah berbanding model 718 Cayman standard.
 

GT4


Membezakannya dengan model Cayman GT4 adalah pemasangan sayap belakang yang besar diinspirasikan daripada model 911 RSR dan 911 GT3, corong kemasukan udara RS menggantikan tingkap suku, splitter hadapan, sirip pada fender depan, liang kemasukan NACA pada bonet dan diffuser belakang yang dikemaskini.

Semua ini membolehkan GT4 RS menjana 25 peratus lebih daya turun berbanding model GT4 standard.

Penggunaan bahan yang ringan juga tidak dilupakan seperti contoh bahan CFRP pada fender depan, hud, tingkap kaca yang lebih ringan pada bahagian belakang, serta panel pintu yang lebih ringkas menampilkan pemegang fabrik dan jaring storan.
 

GT4


Porsche turut menawarkan Weissach Package yang merangkumi komponen gentian karbon pada lid hadapan, liang kemasukan, lid kotak udara, cermin sisi dan sayap belakang, paip ekzos titanium, upholsteri Race-Tex, serta rim Magnesium yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Buktinya, sebuah 718 Cayman GT4 RS yang dipasangkan dengan Manthey Kit telah berjaya merekodkan…
Pelancaran
Ia dipadankan dengan nadi flat-six 4.0 liter aspirasi natural dengan hamburan kuasa setinggi 496 hp…
Berita Global
Menggunakan asas daripada model 718 Cayman GT4 RS yang baharu sahaja dilancarkan, Porsche…