Porsche henti penawaran wagon untuk Panamera generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perasan, penawaran model Panamera generasi baharu kini tidak lagi menampilkan bentuk badan station wagon Sport Turismo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sebenarnya satu perkara yang sudah dijangka, memandangkan permintaan terhadap bentuk badan wagon/estate tidak lagi meriah.
 

panamera


Dalam satu temubual bersama Automotive News Europe, wakil jurucakap Porsche menjelaskan model Sport Turismo hanya memainkan peranan kecil di dalam pasaran utama seperti China dan US.

“Disebabkan itu, kami membuat keputusan untuk menghentikan penawaran varian (Sport Turismo) pada model generasi baharu Porsche Panamera ini.
 

panamera


Sementara itu, laman Autocar mendedahkan peratusan jualan bagi model Sport Turismo hanyalah bawah 10 peratus sahaja jika dibandingkan dengan varian sedan fastback.

Jadi, jika anda masih mahukan sebuah Porsche dengan garis bumbung yang panjang, anda masih lagi boleh mendapatkan Porsche Taycan Sport Turismo atau versi Cross Turismo yang lebih agresif dan boleh dibawa masuk laluan off-road ringan.

Baca: Porsche Panamera 2024 generasi baharu

Baca: Porsche Taycan Cross Turismo

Baca: Porsche Taycan Sport Turismo

Sumber: Automotive News Europe, Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini dua lagi model iaitu Panamera 4 E-Hybrid dan Panamera 4S E-Hybrid diperkenalkan, sekaligus…
Berita Global
Model yang dimaksudkan itu adalah Porsche Panamera versi elektrik sepenuhnya, serta generasi kedua…
Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 301,915 unit kenderaan telah terjual atau peningkatan sebanyak…