Porsche Panamera 4 E-Hybrid & 4S E-Hybrid 2024 debut dengan nadi V6

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada bulan November 2023, Porsche melancarkan generasi ketiga sedan fastback Porsche Panamera 2024, di mana mereka telah memperkenalkan versi asas dengan nadi V6 dan versi tertingginya iaitu Turbo E-Hybrid dengan nadi V8.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini dua lagi model iaitu Panamera 4 E-Hybrid dan Panamera 4S E-Hybrid diperkenalkan, sekaligus melengkapkan rangkaian Panamera generasi ketiga

Seperti model asasnya, kedua-dua model tersebut turut menerima nadi V6 2.9 liter turbo  yang dipertingkatkan, dipadankan dengan sistem hibrid.

 

2

 

Namun tidak seperti model asas, nadi V6 pada Panamera 4 E-Hybrid hanya menghasilkan 300 HP, tetapi bantuan sistem hibrid meningkatkan kuasa sehingga 463 HP dan 649 Nm, dengan masa pecutan 0-100 kmj sepantas 3.9 saat.

Sementara nadi V6 pada Panamera 4S E-Hybrid pula menghasilkan 348 HP seperti model asas, namun meningkat sehingga 536 HP dan 753 Nm dengan bantuan sistem hibrid. Masa pecutan 0-100 kmj pula sepantas 3.5 saat.

Motor elektrik yang terletak di dalam transmisi pada kedua-dua model itu dikuasakan dengan kapasiti pek bateri yang sama, iaitu 21.8 kWj.

 

4

 

Ia turut dilengkapi dengan pengecas AC 11 kW yang boleh mengecas bateri dalam masa dua setengah jam.

Secara standard, kedua-dua model itu turut dilengkapi sistem gantungan udara “two-chamber, two valve” dengan Porsche Active Suspension Management (PASM), yang turut ditawarkan pilihan tambahan sistem suspensi Porsche Active Ride.

Membezakan lagi kedua-dua model tersebut, Panamera 4 E-Hybrid didatangkan dengan rim bersaiz 19 inci bersama angkup brek berwarna hitam.

 

5

 

Manakala Panamera 4S E-Hybrid hadir dengan rim bersaiz 20 inci bersama angkup brek berwarna merah serta pilihan warna hijau asid dan hitam.

Ia juga boleh dilengkapi dengan cakera brek seramik karbon Porsche jika pelanggan memilih untuk mendapatkan pilihan tambahan rim bersaiz 21 inci.

Di Eropah, harga jualan bagi Porsche Panamera 4 E-Hybrid bermula dari €108,694 (RM563,811), manakala Porsche Panamera 4S E-Hybrid bermula dari €119,154.05 (RM618,066).

 

Baca: Generasi ketiga Porsche Panamera 2024 debut

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia sebenarnya satu perkara yang sudah dijangka, memandangkan permintaan terhadap bentuk badan wagon…
Berita Global
Model yang dimaksudkan itu adalah Porsche Panamera versi elektrik sepenuhnya, serta generasi kedua…
Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 301,915 unit kenderaan telah terjual atau peningkatan sebanyak…