Prasarana: Kekerapan tren, bas dikurangkan bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
Kekerapan perkhidmatan tren LRT, MRT dan monorel akan dikurangkan mulai esok sehingga arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan ke atas Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berakhir.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Malaysia (Prasarana) Datin Norlia Noah berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan untuk mengimbangi kekerapan tren berdasarkan permintaan ekoran penurunan besar aliran penumpang akibat PKPB.

 

"Perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel ini bagaimanapun akan beroperasi mengikut masa yang sama daripada 6 pagi hingga tengah malam. Hanya kekerapan berubah mengikut masa dan permintaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Katanya kekerapan tren untuk perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorel dan MRT Laluan Kajang kini adalah mengikut kekerapan masa antara 2.8 dan 9.9 minit, bergantung pada waktu puncaknya.

 

"Kekerapan yang ditetapkan ini bagaimanapun, adalah sekadar panduan. Operasi tren di semua laluan dipantau rapi Pusat Kawalan Operasi, yang diberi kuasa untuk menambah tren sekiranya diperlukan kerana peningkatan dalam permintaan pada masa-masa tertentu," katanya.

 

Pada masa sama, Norlia memaklumkan kekerapan bagi perkhidmatan bas Rapid KL dan bas perantara Jom Naik MRT turut dikurangkan mulai esok kerana permintaan yang menurun dengan banyak dalam tempoh PKPB ini, termasuk pada waktu puncak.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Rapid KL memaklumkan, langkah tersebut merupakan inisiatif syarikat itu bagi menyahut seruan…
Informasi
"Kami sedang merangka denda yang sewajarnya untuk lelaki yang tidak dengar (degil) ini," katanya…
Berita Domestik
Kereta-kereta itu dikatakan diparkir secara haram di tepi jalan dan bukan di kawasan parkir yang…