Presiden Putin mahu rakyat Rusia patriotik, sokong barang buatan tempatan

oleh Mohamad Hanif|
Bagaimanakah caranya bagi seorang pemimpin untuk memberikan mesej kepada rakyat bagi mengurangkan kebergantungan terhadap jenama asing?

Vladimir Putin ada jawapannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan upacara majlis angkat sumpah kali keempat sebagai Presiden Rusia, Vladimir Putin kini menghentikan khidmat kereta dari Mercedes Benz S 600 Guard Pullman bagi memberi laluan kepada limousin buatan tempatan yang diberikan nama Aurus Senat.  

Beliau berbuat demikian sebagai satu cara memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Rusia di samping menyokong industri automotif tempatan. 

 


Limousin Aurus Senat ini dibina di sebuah pusat penyelidikan di Rusia dikenali dengan akronom NAMI. 

Dibina secara rahsia sejak tahun 2012, Aurus Senat ini dijangka akan menggantikan khidmat limousin ZIL yang turut digunakan sebagai kenderaan rasmi menteri Rusia. 

Menurut kementerian perdagangan Rusia, kereta limousin ini dijangka akan digunakan oleh semua kementerian apabila persediaan sudah mencukupi dan mula dijual kepada umum di bawah jenama Aurus bermula tahun 2019.

 

 

Sumber: Autoblog

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak 1,319,351 kenderaan bermotor baharu termasuk kenderaan komersial ringan, trak dan bas…
Berita Global
Namun selain daripada Toyota Land Cruiser, kita sering kali terlupa kewujudan sebuah lagi model off…
Informasi
Menurut beliau penandatanganan perjanjian seumpama itu akan menjadi langkah penting untuk…