Menurut CEO MARii, Dato' Madani Sahari berkata, "program kolaborasi antara MARii dan Perodua ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keberkesanan sesebuah ekosistem di dalam industri.
Jelas beliau lagi, Karakuri secara asasnya mampu meningkatkan tahap produktiviti menerusi penambahan sistem automasi yang ringkas tanpa memerlukan kuasa elektrik, selain menjimatkan kos pelaburan dan menambah kecekapan di dalam barisan produksi.
Karakuri merupakan komponen di dalam Lean Production System (LPS) dan menitikberatkan kepentingan Kaizen - penambahbaikan yang berterusan.
Prinsip di sebalik Karakuri adalah memfokuskan kepada solusi automasi proses yang mudah yang hanya bergantung kepada tenaga asas, selain mengoptimumkan penggunaan tenaga dan kecekapan, mengurangkan beban dan tugas yang tidak diperlukan selain mempromosikan tempat kerja yang selamat.
Setiap peserta akan dinilai menerusi kriteria yang telah ditetapkan seperti pemahaman terhadap konsep Karakuri, tahap inovasi dan kreativiti yang ditunjukkan, serta impak penyelesaian terhadap keseluruhan proses.
Dalam masa yang sama, MARii dan Perodua mengambil kesempatan menyampaikan mesej ucapan Tahun Baharu kepada komuniti vendor automotif.
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Zainal Abidin berkata, Perodua memasuki tahun 2019 dengan harapan dan percaya bahawa industri automotif tempatan akan menunjukkan potensi yang sebenar.
"Dengan kolaborasi antara Perodua dan MARii di dalam program penambahbaikan pembangunan vendor ini kami percaya industri automotif Malaysia sebenarnya berpotensi untuk berkembang ke peringkat yang lebih global," ujar beliau lagi.