Projek EV pertama Malaysia muncul Q1 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Sementara kita menanti kemas kini berita berkenaan projek kereta nasional daripada DreamEdge, kedengaran khabar bahawa projek kereta elektrik pertama (EV) Malaysia dijangka akan hadir pada suku pertama tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Menurut pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Kamal Salih berkata, syarikat pembangun telah selesai merangka perancangan perniagaan dan kini sedang mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan fasiliti pemasangan yang mensasarkan kira-kira 50,000 unit setahun.

"Projek EV ini akan menggunakan asas daripada teknologi Jepun, dan sasaran 50,000 unit setahun itu akan direalisasikan kepada pasaran global dan domestik," beliau memberitahu wartawan pada majlis menandatangani memorandum persefahaman di bawah rancangan "Crouching Tiger Research Plan" MIER, Kuala Lumpur. 

Selain daripada dua projek yang dirunding oleh MIER, projek EV pertama Malaysia ini akan dilancarkan pada pertengahan bulan ini, dengan dua buah prototaip EV akan diperlihatkan. 

Julai lalu, terdapat sebuah firma tempatan yang telah melabur sebanyak RM5 billion untuk membina kilang pemasangan pintar bagi memproduksikan EV di Enstek Industrial Park, Negeri Sembilan. 

Projek yang diluluskan oleh Pejabat Perdana Menteri itu dibangunkan bersama-sama rakan strategik, Elenvi Otomotif Sdn Bhd yang bertindak sebagai SPV kepada projek tersebut. 

Menurut Kamal lagi, kesemua projek di bawah pelan perancangan "Crouching Tiger Research Plan" bernilai RM176.4 billion itu akan dibiayai menerusi pelaburan daripada pihak swasta. 

Sumber: Malaysian Reserve

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…