Promosi hujung tahun Honda, rebat sehingga RM10,000

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia sedang mengadakan promosi hujung tahun dengan tawaran yang lumayan sehingga RM10,000. Promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2019.


Honda Malaysia menawarkan pilihan kepada pembeli sama ada baucer servis percuma atau rebat tunai tambahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tawaran promosi ini melibatkan ke semua model kenderaan yang terpilih iaitu Odyssey, BR-V, HR-V, CR-V, Jazz dan City dengan nilai rebat bonus bermula dari RM3,000 sehingga RM10,000. 

 

Setiap pembelian juga bakal menerima hadiah eksklusif.

 

Untuk model City Hybrid dan Jazz Hybrid, rebat bonus yang diberikan adalah sebanyak RM6,000 dan dengan baucer servis atau rebat nilai tunai adalah sehingga RM3,000 dan in menjadikan jumlah keseluruhan rebat adalah RM9,000.

 

Manakala bagi model HR-V Hybrid pula rebat keseluruhan adalah sehingga RM10,000 iaitu jumlah tertinggi bagi promosi kali ini.

 

 

Varian Jazz yang lain tawaran bonus yang ditawarkan adalah sebanyak RM3,000, dan City pula diberikan bonus sehingga RM4,000. Pilihan baucer servis atau tambahan nilai tunai pula adalah RM2,000, ini menjadikan jumlah keseluruhan ganjaran bernilai RM5,000 untuk Jazz dan RM6,000 untuk City.

 

Model HR-V pula turut diberikan rebat bonus sehingga RM2,000 dan pilihan servis atau nilai tunai yang menjadikan jumlah  keseluruhan adalah RM4,000.

 

BR-V pula ditawarkan dengan rebat bonus sehingga RM1,000 dan baucer servis bernilai RM2,000 atau tunai tambahan dengan jumlah RM3,000.

 

 

Model SUV CR-V pula diberikan rebat bonus bernilai RM2,500 dan ganjaran tambahan sebanyak RM2,000, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM4,500. 

 


Model MPV Odyssey pula didatangkan dengan rebat bonus sebanyak RM3,000, dengan ganjaran tambahan bernilai RM2,000 menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM5,000.

 

Untuk info selanjutnya, sila lawati laman web https://www.honda.com.my/promotions/promotions_details/170

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…