Untuk pembeli Mitsubishi ASX, para pelanggan boleh memilih untuk trade-in kenderaan mereka untuk menikmati nilai tambahan RM8,888 daripada pengedar sah MMM.
Harga jualan Mitsubishi ASX bermula dari RM111,628 untuk model 2WD dan RM125,182 untuk model 4WD, di mana promosi ini juga turut merangkumi jaminan lima tahun (tanpa had perbatuan) serta penyelenggaraan lima tahun percuma.
Bagi mereka yang mahu mendapatkan Mitsubishi Outlander 2.0 liter (RM133,491), terdapat rebat tunai sehingga RM4,000, jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej penyelenggaraan selama dua tahun percuma.
Untuk Mitsubishi Outlander 2.4 liter pula (RM147,762), rebat tunai adalah sebanyak RM2,000 serta merangkumi jaminan lima tahun (tanpa had perbatuan) pakej penyelenggaraan 2 tahun percuma.
Selari dengan pengumuman pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus untuk kenderaan pemasangan tempatan, para pelanggan akan turut menikmati penjimatan sehingga RM8,000 untuk model ASX, dan RM4,000 lagi untuk model Outlander.
Untuk para peminat trak pikap, Mitsubishi Triton VGT Adventure X, AT Premium dan MT Premium boleh mendapatkan rebat tunai, atau kadar faedah rendah 0.88 peratus menerusi pembiayaan sewa beli Maybank atau Public Bank sahaja.
No |
Varian |
Harga atas jalan tanpa insurans |
Promosi |
Jaminan |
1 |
Triton VGT Adventure X |
RM 137, 900 |
kadar faedah rendah 0.88% ATAU rebat tunai RM4,000 |
Jaminan lima tahun atau 200,000 km
|
2 |
Triton VGT AT Premium |
RM 121,000 |
kadar faedah rendah 0.88% ATAU rebat tunai RM4,000 |
|
3 |
Triton VGT MT Premium |
RM 113, 300 |
kadar faedah rendah 0.88% ATAU rebat tunai RM4,000 |
|
4 |
Triton VGT AT |
RM 105, 990 |
rebat tunai RM4,000 |
|
5 |
Triton VGT MT |
RM 100, 200 |
rebat tunai RM6,000 |
|
6 |
Triton Quest 4x2 |
RM 78,488.40 |
rebat tunai RM4,000 |
Jaminan lima tahun atau 100,000 km. |