Antara perubahan yang dimaksudkan adalah penampilan logo baharu Proton berbentuk bulat pada bahagian depan dan belakang, selain membawakan lampu nyalaan siang LED, rim aloi bersaiz 16 inci dengan kemasan dua tona, skirt sisi dan spoiler belakang.

Akhir sekali, bahagian bumbung telah dilayangkan dengan warna hitam.
Ruang kabin MPV tujuh tempat duduk ini diserikan dengan balutan upholsteri leatherette, roda stereng balutan kulit, corong pendingin hawa untuk setiap baris serta sistem penapis udara kabin N95 untuk kualiti udara yang dipertingkat.

Skrin infotainmen tujuh inci didatangkan dengan sokongan kata sapaan Hi Proton, sistem navigasi, penstriman muzik, ramalan cuaca, sokongan 4G dan Wi-Fi, serta sambungan mirror link kepada peranti Android.
Dari segi kuasa, Proton Exora 2023 masih lagi mengekalkan penggunaan nadi CFE 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa 140 PS dan daya kilas 205 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah dua beg udara SRS, ABS, EBD, ESC, Lampu Berhenti Kecemasan, serta sistem kamera undur dan penderia parkir belakang.
Terdapat lima warna menarik disediakan termasuklah Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red dan Cocoa Grey.
Harga jualan bermula dari RM62,800 untuk versi Executive hingga RM69,800 untuk versi Premium, harga yang disebutkan tadi atas jalan tidak termasuk insurans.