Proton lancar insiatif solar di fasiliti Tanjung Malim

oleh Mohamad Hanif|
Proton melancarkan inisiatif tenaga solar di fasiliti Tanjung Malim, sebuah projek yang mampu membantu mengurangkan emisi CO2 sehingga 11,536 tan setahun.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Projek yang dikendalikan oleh Pekat Group dan rakan sekutunya MFP Solar memasang panel solar pada bahagian tempat letak kereta dan juga bumbung kilang yang mampu menjana 12 MWp (puncak Megawatt), cukup untuk memenuhi sehingga 25 peratus penggunaan kuasa kilang tersebut.

Di ruang tempat meletak kereta seluas 23.4 ekar, sebanyak 20,544 panel solar dwi-muka telah dipasangkan bagi menyerap tenaga daripada sinaran mentari secara terus, serta cahaya yang dipantulkan daripada tanah dan kereta di bawah panel tersebut.

Pemasangan struktur itu juga bertujuan untuk memberikan tempat teduh dan melindungi kereta-kereta baharu daripada sebarang kerosakan.
 

Proton


Inisiatif solar ini membolehkan Proton berjimat sebanyak RM4.39 juta setahun untuk bil elektrik, serta penjimatan tambahan sebanyak RM1.46 juta daripada 3MWp yang dijana daripada panel solar bumbung kilang.

Proton sebelum ini telah melaksanakan PROTON Green Wheel dan Polisi Hijau pertamanya pada tahun 2015 yang terdiri daripada lima fasa.

Fasa 1 dimulakan dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga di kilang pengeluaran dan ibu pejabat bagi mengumpul dan menilai data, sebelum garis panduan dasar tenaga diwujudkan bagi mengurangkan penggunaan tenaga.

Fasa 2 pula terdiri daripada langkah-langkah Kecekapan Tenaga seperti penggunaan lampu LED, penggantian sistem penyejuk dengan penyejuk magnet, serta penggunaan unit pemampat induk untuk menyegerakan bekalan udara termampat bagi memadankan permintaan semasa untuk setiap bahagian pengeluaran.
 

Proton


Fasa 3 memfokuskan kepada pengurusan sisa dan air, di mana Proton telah melaksanakan sistem di mana air kitar semula digunakan untuk menara penyejuk pemampat, selain menambah air untuk tangki air pili di fasiliti tersebut.

Fasa 4 pula memperlihatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui menerusi loji tenaga solar.

Sementara Fasa 5 pula, Proton akan mendigitalkan semua data tenaga pada pelayan awan (cloud server) untuk memperkenalkan AI dan Analitis Data Besar bagi membolehkan pengurusan tenaga dibuat dengan ramalan penggunaan tenaga dan langkah preskriptif bagi mengurangkan penggunaan tenaga di semua kilang dan pejabat.

Dalam tempoh lima tahun (2015-2020), kesemua inisiatf ini telah mencapai penjimatan bil sebanyak RM20 juta, atau bersamaan 55,000 MWh dengan pengurangan melebihi 40,000 tan pelepasan karbon dioksida ke udara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Menurutnya, fokus pasaran Proton tidak seharusnya untuk pasaran Malaysia tapi juga untuk rantau…
Pelancaran
Untuk makluman, sedan kompak Proton S70 dilancarkan sebagai pengganti kepada model sedan segmen C…