PROTON MULAKAN TAHUN BARU DENGAN PENINGKATAN JUALAN YANG CEMERLANG

oleh Firdaus Razani|
PROTON mencatatkan permulaan tahun terbaik sejak 2013 dengan mencatatkan jualan pada bulan Januari 2024 sebanyak 12,882 unit terjual untuk domestik dan eksport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PROTON menjadi satu-satunya jenama automotif yang mencatat prestasi jualan yang lebih baik berbanding bulan Disember 2023, iaitu peningkatan sebanyak 1.3 peratus.

Manakala untuk perbandingan pada jualan Januari tahun lalu, jualan meningkat sebanyak 10.3 peratus dan sekali gus mengekalkan tempat kedua dalam jadual jualan dengan selesa.

Pegangan pasaran syarikat bagi bulan Januari dianggarkan sebanyak 19.5 peratus, iaitu 3.3 peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.

Jumlah Volum Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 66,134 unit, yang bersamaan dengan penurunan sebanyak 15.6% berbanding bulan Disember.

Jumlah itu meningkat akibat dorongan jualan kenderaan akhir tahun yang lebih tinggi untuk penutupan tahun 2023.

 

proton

 

Barisan model terbaharu, Proton S70 mencatatkan sebanyak 1,442 unit dihantar kepada pelanggan pada bulan Januari dan buat masa kini mempunyai lebih 8,000 unit tempahan menunjukkan permintaan positif untuk model itu.

Sementara itu SUV Proton X50 kekal sebagai pendahulu SUV segmen B lebih daripada tiga tahun selepas pelancarannya dengan 2,002 unit dijual pada bulan Januari.

Selain itu, Proton Persona turut memulakan tahun dengan baik dengan mendahului jualan bagi sedan segmen B dengan 1,846 unit dijual.

 

proton

 

Manakala model paling teratas Proton, Proton X90, turut mencatatkan prestasi yang baik apabila ia kekal sebagai peneraju dalam pasaran SUV segmen D, dengan jumlah 365 unit dijual pada bulan Januari.

Walaupun pengeluaran Proton Exora telah tamat, MPV segmen C itu kekal relevan dengan 203 unit dijual.

Proton Saga memulai tahun 2024 dengan kukuh dengan 6,129 unit dijual, yang mengesahkan populariti dan kepentingannya yang berkekalan dalam portfolio Proton.

Bagi model Proton yang lain, jualan untuk Proton Iriz melonjak sebanyak tujuh peratus berbanding bulan Disember dengan 523 unit dijual manakala 372 Proton X70 telah dijual pada bulan lalu.

proton

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…