Proton umum kerjasama dengan Aapico untuk hasilkan alat ganti

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengeluar kereta nasional, Proton hari ini menerusi subsidiarinya Advance Vehicle Engineering Global Sdn Bhd (AVEE Global) mengumumkan kerjasama dengan syarikat dari Thailand, AAPICO Hitech Public Company Limited (Aapico) untuk menghasilkan komponen dan alat ganti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara komponen dan alat ganti yang akan dihasilkan melalui kerjasama itu ialah dies, jig, hot stamping, badan kenderaan dan casis.

Aapico kini memegang sebanyak 60 peratus AVEE Global daripada Proton, manakala 40 peratus dimiliki oleh Proton dalam syarikat yang akan dinamakan semula sebagai Aapico Avee Sdn Bhd.

Perjanjian tersebut bakal menyaksikan Aapico yang merupakan salah sebuah syarikat alat ganti terbesar di Thailand untuk melabur sebanyak RM40 juta ke atas kemudahan AVEE Global seluas 20 ekar.

Ia turut melibatkan perancangan untuk meluaskan lagi kerjasama tersebut bagi memenuhi permintaan terhadap kereta Proton dan keseluruhan sektor automotif yang semakin meningkat.

 

2

 

Dimana ia turut melibatkan pelaburan sebanyak RM100 juta dalam perancangan 2024 dari segi peluasan kilang dan pemerolehan jentera baharu.

Dengan pengalaman dan kepakaran luasnya, Aapico akan menguruskan operasi dan memperkenalkan penggunaan teknologi baharu untuk menghasilkan alat ganti yang lebih baik, menambah baik pengeluaran dan menjimatkan kos.

Presiden & CEO Aapico Hitech Public Company Limited, Yeap Swee Chuan berkata, "Aapico mengambil peluang untuk menyertai sektor pembuatan alat ganti di Malaysia pada masa tepat,"

"dengan perkembangan yang baik dijangka dalam industri automotif, diterajui oleh permintaan yang kukuh untuk kenderaan Proton, dan disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang mantap."

"Kami berhasrat  untuk membawakan kepakaran dan teknologi pembuatan dalam usaha sama ini dan menyediakan alat ganti bertaraf dunia kepada Proton, di samping menyokong pelan perkembangan mereka di pasaran tempatan dan eksport."

 

3

 

Menerusi kerjasama itu juga, Proton dapat mengukuhkan cita-citanya untuk menjadi pemain utama dalam pasaran automotif ASEAN.

Pada awal tahun ini juga, Aapico telah bekerjasama dengan salah satu pembekal sistem ekzos terbesar dunia iaitu Purem.

Aapico memegang 49 peratus pemilikan manakala Purem pula sebanyak 51 peratus daripada Purem Aapico Sdn Bhd, yang bakal menghasilkan sistem ekzos dan membekalkannya kepada Proton pada suku ketiga tahun ini.

Sebelum ini, Aapico hadir di Malaysia sebagai pengedar kereta, dimana ia memiliki dan menjalankan operasi  enam syarikat pengedar kereta di Malaysia, termasuk empat pengedar Proton.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…