Proton X90 catat hampir 5,000 tempahan semenjak dilancarkan pada bulan Mei

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Proton dilapor telah menerima hampir 5,000 tempahan bagi model SUV terbaharunya, Proton X90 yang telah dilancarkan pada bulan Mei lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sehingga ke hari ini, sudah lebih 500 unit diserahkan kepada pelanggan.

Dalam majlis perasmian PROTON DX semalam beliau berkata, "Kami menjangkakan penghantaran kepada pelanggan akan bertambah pada Julai dan tempoh menunggu kini juga kurang daripada enam bulan untuk mendapatkan model SUV segmen D tersebut."

Pelancaran X90 pada Mei lalu telah menyumbang kepada peningkatan jumlah jualan Proton tahun ini, dimana varian Flagship menjadi pilihan utama pembeli.

 

2

 

Dalam tempoh lima bulan pertama 2023, Proton telah berjaya menjual sebanyak 62,970 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 38.9 peratus.

Selain itu, Proton Saga kekal sebagai model yang paling laris dengan jumlah jualan sebanyak, diikuti dengan model SUV segmen B nya, Proton X50.

Semalam Proton menerusi anak syarikatnya Aco Tech yang dimiliki bersama oleh Altel dan Ecarx memperkenalkan Proton DX di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Proton DX disasarkan untuk peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat usia serta mengembangkan minat golongan muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

 

3

 

Berkeluasan 5,275 kaki persegi meliputi enam zon dalam menawarkan pengalaman konsep dan visual yang menggabungkan inovasi mobiliti masa hadapan.

Meyentuh mengenai perkembangan teknologi kenderaan tenaga baharu (NEV) Proton menerusi anak syarikatnya Pro-Net sebagai pengedar kenderaan elektrik (EV) smart Automobile Company (smart) bakal melancarkan model #smart1 untuk pasaran tempatan pada suku keempat tahun ini.

Buat masa ini, sudah terdapat tujuh pengedar jenama itu dan menyasarkan untuk menjadikan jumlahnya kepada sembilan pada hujung tahun ini.

 

Sumber: Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…