PRU15: Beberapa laluan di Ampang ditutup Sabtu ini bermula jam 6 pagi

oleh Penyumbang Rencana|
Beberapa laluan di Ampang akan ditutup buat sementara waktu sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuan penutupan itu adalah untuk kawalan keselamatan di lokasi tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, laluan tersebut akan ditutup bermula pukul 6 pagi sehingga selesai proses penamaan calon.

 

Penamaan calon Parlimen Ampang akan dijalankan di Dewan Dato Ahmad Razali dan jalan yang akan ditutup membabitkan laluan dari arah Jalan Ampang-Lembah Jaya iaitu bermula dari persimpangan lampu isyarat Kampung Melayu sehingga ke persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Ampang.

 

Bagi laluan dari arah Jalan Ampang-Kuala Lumpur, jalan yang akan ditutup adalah bermula dari persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Ampang sehingga ke susur keluar Jalan Merdeka, manakala Jalan Chengal ditutup sepenuhnya.

 

Kenderaan ringan yang datang dari arah Kuala Lumpur akan dilencongkan masuk ke Jalan Merbau-Jalan Pinang-Jalan Ampang.

 

Kenderaan dari arah Lembah Jaya akan dilencongkan masuk ke Jalan Wawasan 4/2-Jalan Merdeka-Jalan Mewah-Jalan Cahaya 1-Jalan Besar Cahaya.

 

Laluan berhampiran Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Pandan Ilmu turut ditutup pada tarikh dan waktu yang sama bagi membolehkan proses penamaan calon Parlimen Pandan berjalan lancar.

 

Laluan berhampiran Dewan MPAJ yang akan ditutup adalah membabitkan kedua-dua arah Jalan Pandan Ilmu-Jalan Bunga Raya bermula dari simpang masuk ke Jalan Pandan Indah 2/3 sehingga ke persimpangan lampu isyarat Jalan Bunga Raya.

 

Turut ditutup simpang keluar Jalan Kencana 1, simpang keluar dari Jalan Pandan Indah 3/6, simpang Jalan Pandan Indah 3/4, simpang keluar Jalan Pandan Indah 3/4d dan simpang keluar Jalan Pandan Indah 3/4e.

 

“Bagi yang menggunakan jalan tersebut dinasihatkan mengambil laluan alternatif dan memberi kerjasama kepada petugas-petugas yang mengawal lalu lintas,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…