Pusat Servis Sime Darby Auto Selection kini dikuasakan oleh Bosch

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Selection (SDAS) bekerjasama dengan Bosch bagi menawarkan khidmat nasihat pakar, pembaikan dan servis penyelenggaraan kepada pelanggan menerusi gabungan pasukan professional serta fasiliti bengkel bertaraf dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama ini, ia dilihat mampu memenuhi permintaan aftermarket yang semakin berkembang di Malaysia, terutama pelanggan yang mahukan khidmat bertaraf premium.

Menerusi Vi Thim Juan, Pengarah Urusan SDAS berkata, "kerjasama dengan Bosch akan memastikan bengkel dan pusat servis kami mampu menawarkan khidmat solusi diagnostik dan pembaikan secara menyeluruh, serta penyediaan alat ganti dan aksesori yang sesuai untuk semua jenis kenderaan dan jenama yang kami servis.
 

Bosch


Tambahnya, walaupun menggunakan sistem dan komponen daripada Bosch, mereka akan tetap memastikan kos servis dan pembaikan tidak akan membebankan para pelanggan mereka.

Selain daripada penyelenggaraan kereta, Pusat Servis SDAS turut menyediakan khidmat pembaikan, pembersihan, serta pemeriksaan kenderaan.

Pelanggan boleh mendapatkan khidmat tersebut di alamat Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam yang dibuka Isnin-Jumaat jam 9 pagi hingga 5 petang, dan Sabtu dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Untuk menempah slot, pelanggan hanya perlu mengisi butiran di www.simedarbyautoselection.com.my. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian 03-4065 2502.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Sepanjang pengalaman saya di dalam bidang ini, Proton sering beruntung kerana dapat berselindung di…
Berita Domestik
Dibina atas tanah berkeluasan 38,323 kaki persegi, pusat pameran Autohaus Asbenz Langkawi mempunyai…
Berita Domestik
Atas dasar ingin membantu, Scrut Auto kini melanjutkan tempoh operasi mereka sehingga ke 10 malam…