QJMOTOR lancar tiga model 250 cc - SRK250, SRK250RR & SRV250, dari RM16,888

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike Holding selaku pengedar jenama QJMotor mengumumkan ketibaan tiga model bersesaran 250 cc, iaitu Street Cruiser SRV250, jentera naked sport SRK250 dan Racing Replica SRK250RR.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua model ini boleh didapati di pengedar sah QJMotor di seluruh Malaysia pada awal November tahun ini.

 

QJMotor SRV250 (RM16,888)

SRV


Jentera Street Cruiser SRV250 ini memiliki enjin dua silinder V-twin yang mampu menjana kuasa 27.5 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 23.0 Nm @ 7,000 rpm.

Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah:
- fork hadapan jenis terbalik,
- penyerap hentakan berkembar di belakang,
- sistem pencahayaan LED,
- sistem ekzos torpedo berkembar
- brek cakera 280 mm depan, 240 mm belakang,
- ABS dua saluran
- ketinggian pelana 700 mm

Terdapat dua pilihan warna iaitu Matte Black Matte dan Black Green.

 

QJMotor SRK250 (RM16,888)


Jentera naked SRK250 ini dikuasakan oleh enjin dua silinder 249 cc yang mampu menghasilkan 31.5 hp @ 11,000 rpm dan daya kilas 21.2 Nm @ 9,000 rpm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.

Ia menampilkan ciri seperti:
- fork hadapan USD,
- penyerap hentak tunggal di belakang
- rangka trellis ringan
- skrin paparan LCD penuh
- brek cakera berkembar 300 mm depan, cakera tunggal 240 mm belakang
- ABS dua saluran
- ketinggian pelana 785 mm

Terdapat tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan biru.

 

QJMotor SRK250RR (RM18,888)


Jentera reraup penuh SRK250RR ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 25 hp @ 8,500 rpm dan 24.1 Nm @ 6,500 rpm, dibantu dengan sistem klac Assist & Slipper untuk tunggangan yang lebih lancar.

Ciri yang dimuatkan termasuklah:
- fork hadapan teleskopik terbalik
- penyerap hentak tunggal di belakang
- brek cakera tunggal 300 mm depan, cakera tunggal 240 mm belakang
- ABS dua saluran
- ketinggian pelana 780 mm

Terdapat tiga warna iaitu merah, hitam atau jingga.

MForce menawarkan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
SYM Maxsym mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan nama Maxsym TL500, ia hadir dengan kapasiti…
Pelancaran Motosikal
SYM Husky 150 didatangkan dengan dua pilihan variasi, iaitu variasi Standard dan juga variasi…
Pelancaran Motosikal
Dengan pelancaran model 1250 TR-G ini, ia mampu memberikan saingan kepada model seperti BMW 1250 RT…