Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 8,915 unit, yang merangkumi 3,214 model BRZ dan 5,701 model GR86 yang dihasilkan pada tahun 2022.
Subaru, pengeluar yang menghasilkan kedua-dua BRZ dan GR86 di Jepun dikatakan mengesan masalah tersebut apabila lampu isyarat mula berkelip terlampau laju, di mana Subaru kemudiannya mula menyiasat melalui pembekal lampu belakang.
Notis dari National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) menyatakan bahawa pemilik dengan isyarat membelok yang rosak akan melihat lampu isyarat belok berkelip dengan pada kluster instrumen.
Pada April 2022, jurutera Subaru cuba menyelesaikan isu tersebut dengan menukar kapasitor dan tidak mengeluarkan notis panggilan semula ketika itu.
Menurut Subaru, apabila lampu tersebut terdedah kepada terik matahari, daya gerak elektrik akan dijana dan voltan litar menurun.
Akibat penurunan voltan, pengawal pada lampu akan mengesan kegagalan dan melumpuhkan lampu isyarat buat sementara waktu sehingga voltan kembali ke nilai asal.
Subaru mula menerima laporan mengenai lampu isyarat berkelip pantas pada Disember 2021 dan mula menghasilkan model BRZ dan GR86 dengan pemasangan lampu belakang yang dikemaskini pada April 2022.
Sehingga Februari tahun ini, Subaru kembali menerima tuntutan pelanggan dari Kanada mengenai isu serupa iaitu isyarat membelok tidak berfungsi.
Pemilik Subaru BRZ dan Toyota GR86 yang terkesan akan dimaklumkan mengenai panggilan semula pada 29 Oktober, dimana lampu belakang akan digantikan dengan lampu baharu bersama binaan litar yang lebih baik.