Recall : Yamaha panggil semula R15M, NVX untuk tukar, naik taraf CCU

oleh Firdaus Razani|
Hong Leong Yamaha (HLYM), baru-baru ini dalam laman web rasminya, mengumumkan satu notis panggil balik kepada setiap pemilik motosikal NVX dan R15M bagi model keluaran 2021-2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau menggantikan Communication Control Unit (CCU) Assy bagi kedua-dua model tersebut dan fasa program tersebut akan dijalankan secara berperingkat.

 

yamaha

 

Model Yamaha NVX yang terlibat adalah model dengan nombor kerangka/chasis  PMYSG7410L0000011 – P0039700 hingga PMYSG7420L0000011 – P0026367.

Manakala model R15M dengan nombor kerangka/chasis PMYRG7910N0000011 – N0002990 hingga PMYRG7910P0002991 – P0005190 dan PMYRG7910P0004991.

Menurut HLYM, pihak mereka tidak akan menghantar surat kepada setiap pemilik model tersebut namun pemilik boleh hadir ke mana-mana pengedar rasmi Hong Leong Yamaha untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Manakala temu-janji bagi bersama pengedar rasmi Hong Leong Yamaha atau Hong Leong Yamaha Motor boleh dibuat di laman web https://service.yamaha-motor.com.my/booking

Pemilik motosikal bagi kedua-dua model ini disyorkan agar menjaga dan menyelenggara motosikal masing-masing seperti mana yang dinyatakan dalam buku manual pemilikan.

 

SUMBER : FB Ok Bro Press

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…