Renault 5 EV hadir dengan sistem suspensi multilink, harga lebih murah banding Zoe

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 2021, Renault memberikan bayangan kemunculan semula hatchback ikonik mereka 5 dalam bentuk supermini berkuasa elektrik menerusi model concep Renault 5 Prototype.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjelang pelancaran sebenar model elektrik tersebut pada tahun depan, Renault telah mendedahkan serba sedikit perincian EV yang akan dibangunkan menggunakan platform CMF-B EV itu.
 

Renault 5


Menurut Renault, model EV 5 ini akan meminjam sehingga 70 peratus komponen daripada model Clio dan Captur, bertujuan untuk mengurangkan kos produksi sehingga 30 peratus jika dibandingkan dengan Zoe.

Perbezaan yang ketara antara 5 dengan Zoe ialah susun atur modul bateri yang dimuatkan.
 

Renault 5


Jika Zoe menggunakan 12 modul bateri yang lebih kecil, Renault 5 dipasangkan dengan empat modul bateri yang lebih besar dalam satu lapisan tunggal.

Langkah tersebut dikatakan mampu mengurangkan berat sehingga 15 kg, selain menawarkan kadar ketumpatan tenaga yang jauh lebih tinggi dan meningkatkan tahap ketegaran casis.
 

R5


Struktur lantai baharu itu juga dikatakan mampu menurunkan kadar kebisingan, gegaran dan kekasaran (NVH) pada Renault 5.

Lebih mengujakan, Renault bakal membawakan tetapan suspensi multi-link pada gandar belakang - satu ciri yang sukar didapati pada mana-mana model segmen B.

Ini memberikan satu platform yang cukup sesuai untuk digunakan oleh Alpine, memandangkan mereka sebelum ini telah mengesahkan mereka akan melancarkan hot hatch elektrik R5 berdasarkan casis Renault 5.
 

Renault 5


Tiada sebarang perincian berhubung spesifikasi trenkuasa yang bakal digunakan, melainkan kenyataan di mana R5 akan menggunakan motor elektrik dengan teknologi yang diperoleh daripada Megane E-Tech Electric.

Bagaimana pula dengan harga?

Dengan memanfaatkan perkongsian komponen dan penjimatan kos pembangunan yang disebutkan tadi, Renault bercadang untuk menjadikan hatchback elektrik 5 ini jauh lebih murah berbanding Renault Zoe, yang kini dijual pada harga bermula dari £29,995 (RM163,846).

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara ringkas, versi produksi sebenar Alpine A290_ß akan dibangun berdasarkan platform Renault 5,…
Berita Global
Menurut Legende Automobiles, Renault 5 Turbo 3 dibangunkan berdasarkan casis Renault 5, namun…
Berita Global
Model tersebut merupakan sebahagian daripada garaj impian yang bakal terdiri daripada sebuah SUV…