Renault disaman, logo subjenama Mobilize menyerupai logo HiPHi

oleh Mohamad Hanif|
Selalunya kita akan membaca berita berkenaan saman terhadap pengeluar automotif China disebabkan pelanggaran hak cipta rekaan kenderaan, dan terdapat beberapa contoh nasib tidak menyebelahi mereka.

Namun kali ini, pengeluar automotif China Human Horizons mengemukakan saman terhadap Renault dan jenama Mobilize disebabkan terdapat persamaan logo yang digunakan oleh Mobilize dan jenama HiPhi di bawah naungan Human Horizons.

HiPhi mendakwa logo yang digunakan oleh Mobilize Beyond telah melanggar tanda dagang logo yang telah didaftarkan oleh HiPhi pada tahun 2018.
 

logo


Tidak seperti logo HiPhi yang menampilkan garis menegak (Φ), logo Mobilize disendengkan sebanyak 45 darjah dan bulatan yang jauh lebih besar dan lebih nipis (macam simbol 𝟇)

Menurut Auto Motor und Sport, Human Horizons mendakwa persamaan antara logo tersebut mampu memberikan kesan kepada pelan pengembangan jenama itu di Eropah.

Jenama China itu telah memfailkan injuksi di mahkamah Jerman pada Oktober 2021 dan meminta Renault untuk berhenti menggunakan logo Mobilize tersebut.

Sumber: Auto Motor und Sport

Berita Berkenaan

Berita Global
Pendekatan tersebut menandakan perubahan strategi jenama Perancis itu yang sebelum ini lebih…
Berita Global
Walaupun menggunakan nama Duster, pendekatan yang diambil Renault jelas lebih premium dan…
Berita Global
Antara produk paling menonjol ialah Renault Trafic Van E-Tech electric yang serba baharu. Reka…