Di Malaysia, kita mungkin tidak ada Dacia tetapi jenama Renault masih boleh digunakan untuk menjual produk Dacia dan Jogger mungkin mampu menjadi produk pertama di sini.
Dacia Jogger ialah sebuah kenderaan 7-tempat duduk kompak yang mampu menjadi saingan Perodua Alza, Toyota Avanza dan Perodua Aruz.
Lebih kepada kenderaan segmen B, rekabentuk Jogger ini jauh lebih modern dan sporti. Ia juga boleh menggunakan pelbagai enjin Renault, contohnya enjin 1.0L turbo dengan 89hp.
Jika Renault ada membuat varian Right Hand Drive (RHD) untuk Jogger, maka TC Euro Cars boleh memberikan cadangan untuk model ini dibawa masuk kerana pasaran genre ini cukup popular di Indonesia.
*Ilustrasi dari Car Scoop