Bermula 15 April hingga 15 Mei 2020, pemilik Captur dan Fluence yang membayar yuran ‘lock-in’ RM100 akan menikmati harga promosi RM345 untuk untuk satu unit tayar ContiEco Contact 5 205/55R17 dengan penjimatan sebanyak 25 peratus dan tawaran untuk bateri pula, penjimatan adalah sehingga 25 peratus.
Tempahan dan bayaran hanya boleh dibuat secara dalam talian menerusi Renault E-Store di www.renault.com.my
TCEC turut menawarkan diskaun 10 peratus untuk bateri Atlas BX sehingga 30 Jun 2020.
Dengan adanya kempen Renault Relax ini, ia menawarkan lanjutan masa servis dan waranti untuk semua kenderaan jenama tersebut bagi kenderaan yang perlu diservis dan tamat di antara 18 Mac hingga 28 April 2020, anda diberikan tempoh masa sehingga 28 Mei 2020 untuk perkhidmatan servis dan waranti tersebut.
Sepanjang tempoh PKP, pasukan Rencare akan terus memberi sokongan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan kecemasan. Pasukan ini boleh dihubungi di talian 1800-88-8663 (24 jam, 7 hari seminggu).
TCEC juga menawarkan perkhidmatan mengambil dan menghantar kereta yang diservis bagi pelanggan yang berada di kawasan Lembah Klang sekitar 30 kilometer dari pusat servis. Perkhidmatan ini hanya untuk pelanggan baharu dan sepanjang dan selepas tempoh PKP tamat.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, servis dan kenderaan Renault, sila layari laman web www.renault.com.my