Renault Zoe EV paling laku di Eropah - 84 ribu unit terjual Jan-Nov 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Setakat bulan Januari hingga November 2020, kereta elektrik cilik molek Renault Zoe ini telah berjaya mengalahkan jualan model-model EV yang lain sekaligus menjadi EV paling laku terjual di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pengeluar Perancis tersebut, supermini sifar emisi itu telah pun terjual melebihi 84 ribu unit, hampir dua kali ganda berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Zoe turut menjadi pilihan utama di negara-negara seperti Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugal.

 


Selain daripada itu, hampir satu pertiga daripada kenderaan komersil ringan elektrik yang dijual di Eropah kini dipegang oleh Kangoo Z.E. sebanyak 8,498 unit.

Semenjak dilancarkan kira-kira 10 tahun yang lalu, Kangoo Z.E. telah pun terjual sebanyak 57,595 unit di Eropah!

 


Dalam pada itu, Renault juga sedang merancang untuk membangunkan sebuah hatchback kompak berdasarkan Megane eVision Concept yang mampu memberikan saingan kepada model seperti Volkswagen ID.3.

Ia dibangunkan atas pelantar CMF-EV yang turut digunakan oleh Nissan Ariya dan mempunyai sistem yang mampu menjana 217 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas, serta pecutan 0-100 km/j kurang dari lapan saat.

Pek bateri 60 kWh dikatakan menyokong sistem pengecasan pantas sehingga 130 kW.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…