Renault ZOE percuma selama 3 tahun untuk penduduk di pekan Perancis ini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Renault ZOE
Renault ZOE
Mahu mempromosikan teknologi baharu seperti kenderaan elektrik (EV) bukan mudah. Kebanyakan pengguna masih belum dibiasakan dengan EV dan disebabkan itu penjenamaan bukan konvensional dan promosi kreatif diperlukan.

Satu kaedah yang radikal ialah beri EV percuma. Memang luar biasa dan itu yang dilakukan oleh Renault apabila memberi Zoe secara percuma kepada setiap isi rumah di pekan Appy yang terletak di wilayah Ariege, Perancis. 

Pekan ini 676 km dari Paris dan pada tahun 2017 mempunyai 25 penduduk*.

Isi rumah di situ dapat merasai EV ZOE selama tiga tahun dan mereka mempelopori skim baharu bagi membuktikan pengangkutan elektrik sesuai untuk semua.

ZOE yang diberikan adalah model baharu, diperkenal pada awal 2020 dan semakin popular di kalangan pengguna di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Appy

 

Di sebalik pemberian tersebut ada satu perkara menarik, Appy sebenarnya satu dari pekan terpencil di Perancis.

Ia bukan satu halangan memandangkan ZOE boleh dipandu sejauh 394 km dan boleh dicas menggunakan pelbagai cara.

Program ini satu peluang bagi membuktikan bahawa EV bukan hanya untuk mereka yang tinggal di bandar sahaja.

Penduduk yang menerima ZOE dibekalkan pengecas rumah dan juga sudut pengecasan awam di pekan mereka.

Apabila disambungkan kepada pengecas DC, bateri 52 kWh pada ZOE boleh dicas selama 30 minit untuk jarak pemanduan 145 km.

 

Renault ZOE

 

Selain itu, penduduk akan berkongsi tanggapan dan pengalaman mereka kepada Renault.

Ianya adalah program kali pertama yang mungkin akan memberi maklumat dan membantu memahami cara pelanggan berinteraksi dan menggunakan kenderaan elektrik dari hari ke hari.

Konsepnya begini, jika penduduk di pekan terpencil pun boleh mengadaptasi kehidupan mereka dengan EV, ia juga dapat membuktikan semua orang pun boleh.

Ini bermakna mitos tentang membeli dan mengguna pakai kereta elektrik dapat dipinggirkan sama sekali.

Jadi bagaimana? Menarik juga idea oleh Renault dalam membentuk keyakinan pengguna.

Ada tak pengeluar yang mahu buat program begini? Jika ada, penulis mahu menjadi peserta!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*https://www.insee.fr/fr/statistiques/4269674?geo=COM-09012

 

Renault ZOE

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…