Risiko kebakaran, GM panggil semua unit Chevrolet Bolt

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan risiko kebakaran yang melibatkan Chevrolet Bolt seperti laporan-laporan terdahulu, General Motors kini membuat keputusan memanggil kembali kesemua unit Chevrolet Bolt untuk menggantikan modul bateri, dengan kos kerugian dianggarkan melebihi $1 bilion (RM4.24 bilion).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen panggil semula terbaharu itu kini melibatkan model tahun 2020-2022 (termasuk model crossover Bolt EUV) serta sesetengah model tahun 2019 yang tidak termasuk dalam kempen recall sebelum ini.

Menurut kenyataan GM, masalah tersebut berpunca daripada dua kesilapan pembuatan pada bateri yang disumberkan daripada kilang LG di Korea Selatan, di mana iamampu mengakibatkan kebakaran walaupun GM menyebut ia satu insiden yang jarang sekali berlaku.

Namun menurut laporan terdahulu daripada Automotive News, terdapat sekurang-kurangnya sembilan kes melibatkan kebakaran berpunca daripada permasalahan tersebut.
 

bolt


Kes panggil semula Bolt diumumkan pada November 2020 yang merangkumi model kesemua model tahun 2017-2018, serta beberapa model tahun 2019 atas risiko kebakaran yang bakal terjadi kepada kereta yang sudah dicas penuh atau hampir penuh.

Penyelesaian sementara yang dilakukan adalah kemaskini perisian yang mengehadkan kapasiti pengecasan Bolt kepada 90 peratus sahaja.

Kempen panggil semula kedua dikeluarkan pada Julai 2021, di mana GM menyarankan pemilik Bolt supaya meletakkan kenderaan di luar rumah sejurus selepas pengecasan serta tidak meninggalkan EV yang dicas tanpa sebarang pengawasan.

Sehingga kini, GM masih lagi tidak mempunyai kerangka masa untuk proses penggantian modul bateri akan tersedia kepada pengguna.

Baca: Chevrolet Bolt EV & EUV 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…