Rolls-Royce perkenal ciri 'Privacy Suite' - bos anda mesti suka ciri ini!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terma dan definisi mewah kerap kali berubah setiap kali sebuah model baharu kelas super premium diperkenalkan. 

Dan bagi mereka yang beruang (berwang), apa yang ditawarkan belum cukup untuk memenuhi apa yang diingini. 

Apa yang anda mahukan untuk sebuah kereta mewah? 

Jacuzzi terbina dalam? Sistem bunyi keliling menggegarkan rumah jiran anda? Atau sebuah kereta yang benar-benar memberikan anda privasi ketika sedang bergerak di atas jalan raya?
 


Jika boss anda mahukan sebuah kereta yang kalis gangguan ketika sedang bergerak ke tapak projek, anda boleh cadangkan kepada beliau untuk menyambar sebuah Rolls-Royce Phantom Privacy Suite.

Apa yang membezakan antara Rolls-Royce dengan ciri Privacy Suite dan Phantom standard ialah kehadiran sebuah dinding pemisah antara ruang pemandu dan ruang rehat boss di bahagian belakang. 

Versi long-wheelbase digunakan untuk pembinaan Privacy Suite bagi memastikan ruang kaki sentiasa mencukupi, serta memuatkan dinding pemisah itu tadi. 

Dinding ini dilengkapi dengan cermin kaca elektrokromatik yang mampu digelapkan mengikut kesesuaian aktiviti di ruang belakang, serta insulasi bunyi bagi menapis segala bunyi luar daripada menerobos ke dalam. 

 


Jika pemandu ingin mengajak boss mengeteh, sebuah intercom disediakan untuk tujuan komunikasi dua hala dan boss boleh memilih sama ada untuk menerima tawaran tersebut atau menolaknya. 

Seperti seorang boss sebenar.

Selain daripada cermin privasi, dinding Privacy Suite ini turut didatangkan dengan sebuah lubang penghantaran dokumen yang bercahaya - sangat berguna jika pemandu ingin menyampaikan dokumen penting kepada boss untuk tujuan semakan. 
 


Ruang belakang juga turut didatangkan dengan kemasan bumbung ala-ala bintang di langit, dan kemasan kayu yang menampakkan kemewahan sebenar sebuah Rolls-Royce. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Pelancaran
Phantom generasi kelapan ini telah dipersembahkan pada 2017, ia merupakan model pertama yang…
Berita Global
  Enjin itu dipadan bersama transmisi manual empat kelajuan dan boleh dipecut melebihi 128…