R&R Seremban (Arah Selatan) kini ditutup untuk kerja naik taraf, bermula esok (13 Oktober)

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS) mengumumkan penutupan sementara Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Arah Selatan di KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan selama 14 bulan, bermula esok (13 Oktober 2021).

Penutupan tersebut adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja naik taraf kemudahan dan outlet makanan sedia ada, namun stesen minyak masih lagi beroperasi seperti biasa.
 

PLUS


PLUS juga akan menyediakan kemudahan sementara seperti tandas awam, surau, tempat letak kereta dan trak makanan kepada semua pelanggan lebuh raya.

Bagi mereka yang mahu berhenti seketika ketika dalam perjalanan arah Selatan, kemudahan R&R yang lain masih lagi tersedia seperti di R&R Dengkil, Hentian Sebelah Nilai, Hentian Sebelah Senawang, Restoran Jejantas Ayer Keroh atau mana-mana R&R dan hentian sebelah yang berdekatan.
 

PLUS


Maklumat lanjut berkenaan keadaan trafik boleh didapati menerusi platform media sosial PLUS di Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, YouTube, laman web www.plus.com.my atau menerusi aplikasi PLUS.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, syarikat ini mengambil langkah proaktif dalam usahanya membantu pengguna…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, "kami bersedia untuk…