Rusia ketepikan piawaian asap/keselamatan untuk mudahkan sektor automotif

oleh HEZERI SAMSURI|
Masalah kekurangan cip elektronik dalam sektor automotif bukan hanya dirasakan di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Untuk mengurangkan beban ini, kerajaan Rusia membenarkan industri itu untuk mengenepikan piawaian-piawaian asap dan keselamatan demi menjamin bekalan kenderaan dan menyelamatkan industri tersebut.

Mulai sekarang sehingga 1 Februari 2023, syarikat automotif di Rusia tidak perlu menjual kenderaan yang menurut piawaian asap Eropah dan tidak perlu melengkapkan produk mereka dengan alatan keselamatan penting seperti beg udara, ESP, ABS dan pretensioner untuk talipinggang keselamatan.

Laporan media Le Figaro berkata tujuan ini ialah untuk memudahkan agensi kerajaan Rusia meluluskan pembuatan kenderaan-kenderaan baharu di negara itu.

Sebelum ini, kenderaan baharu di Rusia perlu melepasi Piawaian Asap Euro 5 dan ia perlu dilengkapi dengan beg udara, kawalan stabiliti pemanduan (ESC) dan brek ABS.

Minggu lalu, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan memulakan kembali penghasilan kenderaan penumpang di bawah jenama tempatan, Moskvich.

Ini bermakna pengguna Rusia kini boleh membeli kenderaan baharu era tahun 80-an sebelum wujudnya sebarang piawaian. Dengan kadar kemalangan dan pencemaran udara yang tinggi, tindakan Rusia ini dikritik hebat oleh ramai penganalisa industri dan pencinta alam sekitar.

* Laporan penuh di Auto Evolution

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Semenjak Januari 2022, kereta jenama China mempunyai 9.6 % bahagian dalam pasaran Rusia. Angka…
Berita Global
Pengeluar Jepun itu turut mengumumkan lengkah menjual segala pegangan di dalam syarikat kerjasama…
Berita Global
Menurut laporan CBS News, wakil jurucakap memberitahu CBS MoneyWatch dalam satu emel yang berbunyi…