SAH! Pelancaran rasmi Nissan Z 17 Ogos ini - harga lebih murah dari Supra?

oleh Mohamad Hanif|
Ahli baharu di dalam keluarga lagenda Nissan Z bakal diperkenalkan secara rasmi dalam bentuk produksi sebenar pada 17 Ogos ini, bertempat di New York City.

Generasi baharu Nissan Z itu diperlihatkan buat kali pertama menerusi model konsep Nissan Proto Z pada September 2020 yang menggandingkan elemen tradisional Fairlady Z dalam pakej serba moden.

Ia bakal membawakan enjin bentangan V6 turbo berkembar, serta sistem transmisi manual enam kelajuan - elemen wajib pada sesebuah kereta sports sebenar.

Menurut sumber-sumber terdahulu, generasi baharu ini bakal dikenali dengan nama Z sahaja, dan bukan 400Z seperti yang digembar-gemburkan, manakala harga jualan pula dikatakan lebih murah berbanding penawaran Toyota Supra 2.0 dan Supra 3.0 liter di Amerika Syarikat.

Walauapapun, tunggu sahaja pengumuman rasmi berkenaan Nissan Z 2022 ini menjelang pelancaran sebenar pada 17 Ogos nanti.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam laporan terdahulu oleh BestCarWeb, Nissan juga dikatakan turut merancang untuk membawakan…
Informasi
NISSAN Z PROTO   Legasi perlu diteruskan dan sesuatu yang seronok untuk didengar ialah jualan…
Berita Global
Samalah halnya dengan kereta-kereta sports lain seperti Honda Civic Type R (EK, EG, FD, FK), atau…