SAH: VW gugur transmisi manual daripada penawaran Golf GTI Mk8.5

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen mengesahkan pengguguran transmisi manual daripada penawaran model Golf GTI bermula tahun ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ini bermakna, Golf GTI 380 yang telah dilancarkan sebelum ini merupakan model terakhir Golf GTI bertransmisi manual.

Bercakap kepada Automotive News semasa acara CES 2024, ketua pembangunan Volkswagen Kai Grünitz menjelaskan sebab pengguguran itu adalah berkait rapat dengan undang-undang emisi Euro 7.

"Apabila kami memulakan pembangunan (model Golf facelift), tiada sebarang pemahaman yang jelas terhadap peraturan Euro 7. Pada satu ketika, anda perlu memulakan pembangunan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
 

GTI


Selain daripada undang-undang emisi, permintaan yang semakin menurun juga turut menyumbang kepada pengguguran penawaran kotak gear dengan tiga pedal itu.

Ini kerana sepanjang tempoh separuh pertama kitaran hidup Golf Mk8, model bertransmisi DSG adalah jauh lebih popular berbanding model bertransmisi manual.

Dalam versi GTI yang lebih sporti, hanya lima peratus sahaja pembeli global memilih untuk membawa pulang Golf GTI manual, manakala selebihnya lebih gemarkan model automatik.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dimulakan dengan kemunculan Toyota GR Yaris yang dipadankan dengan dua pedal pada acara Toyota…
Berita Global
Namun untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin mengecil mungkin satu halangan yang sukar, dan…
Berita Global
Menurut laporan Autoblog, Nissan Z 2023 varian automatik itu dilengkapi dengan kotak gear…