Kesemua hasil jualan itu dikatakan adalah untuk membantu perkembangan perniagaan di dalam kumpulan Geely, tetapi bukan untuk Volvo.
Ia menyebabkan saham Volvo Cars turun sebanyak 14 peratus, penurunan yang sangat ketara untuknya.
Saham Volvo sememangnya menurun dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini kerana kerisauan pasaran berkaitan keuntungan teras syarikat Sweden itu yang bergantung harap kepada kejayaan model terbaharunya, EX30.
Tahun lalu, Volvo menjual keseluruhan unit pembangunan enjinnya kepada Geely dalam usaha untuk menurunkan risiko perniagaan dan mengorak langkah yang lebih jitu ke arah penjualan model EV sahaja.
Laporan lengkap di Asia Nikkei dan Financial Times.