Sampah punca jambatan tertinggi di Malaysia 'banjir'

oleh Mohamad Hanif|
Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di sini yang dikatakan struktur jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia mengalami banjir kilat apabila digenangi air dalam kejadian hujan lebat petang tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video kejadian itu dikongsi pengguna jalan raya yang memaparkan air bertakung hampir 0.5 meter pada sebagian jalan tersebut.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh, air segera surut selepas pasukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Kejadian itu disebabkan longkang tersumbat kerana lubangnya ditutup oleh daun kering dan sampah.

“Masalah itu telah berjaya diselesaikan dan air telah surut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jalan yang menelan kos pembinaan RM378 juta itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada 13 Januari lalu setelah mengambil masa enam tahun pembinaan.

Ia dikatakan jalan raya tertinggi di negara ini apabila dibina di atas tiang setinggi 61.5 meter dan mengalahkan ketinggian Lebuh Raya Rawang-Serendah (Rawang Bypass) yang setinggi 58.2 m.

 

Sumber: K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Wan Rosy juga berkata kerajaan Pahang sudah mencadangkan dua lokasi di Pahang untuk membina pusat…
Berita Domestik
Careta sangat mengharapkan agar pihak PDRM juga turut menimbang menyaman kenderaan yang membuang…