Sasaran Delhi: 25% jualan kenderaan ialah elektrik menjelang 2023

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan wilayah Delhi, India sudah mengumumkan bahawa 25 peratus dari pendaftaran kenderaan baharu menjelang tahun 2023 ialah kenderaan elektrik (EV).

Menurut Menteri Pengangkutan Negeri untuk Delhi, Kailash Gahlot, polisi itu mengakui cara penekanan baharu diperlukan untuk memulakan penggunaan kenderaan EV di Delhi dan mereka akan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan setiap halangan itu boleh diatasi.

"Lebih kurang 30 peratus dari pencemaran pada musim sejuk di Delhi disebabkan oleh kenderaan. Kerana itu, penambahan kenderaan sifar asap akan menjadi satu kepentingan untuk Delhi," ujar beliau.

Antara polisi yang dicadangkan ialah:

  • Pengecualian cukai jalan dan bayaran pendaftaran dan bayaran parking sekali seumur hidup untuk semua EV yang diiktiraf untuk insentif FAME.
  • Tempat caj bateri di setiap 3 km dari mana-mana lokasi di dalam bandaraya.
  • Subsidi 100 peratus (sehingga Rs30,000) untuk 10,000 pertama pusat caj yang dipasang di dalam bangunan-bangunan.
  • Pulangan tunai sehingga 20 peratus untuk perjalanan batuan pertama dan terakhir menggunakan teksi elektrik atau e-auto (bajaj elektrik)
  • Kerajaan Delhi juga bercadang untuk memberikan subsidi sehingga Rs22,000 untuk pembelian motosikal elektrik agar harganya sama dengan motosikal berenjin petrol.

Kita lihat dan pelajari bagaimana India akan memulakan projek EV ini kerana jika mereka mampu melakukannya, tidak ada sebab kenapa Malaysia tidak boleh.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Ia menjadikan India sebagai salah satu negara yang mempunyai jumlah kematian akibat kemalangan…