Senarai lima lokasi stesen pengecasan pantas DC MARii/Pekema

oleh Mohamad Hanif|
Ogos lalu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pengimport dan Perniaga Kenderaan Melayu Malaysia untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjanjian tersebut mensasarkan pembinaaan kira-kira 1,000 buah stesen pengecas di seluruh negara menjelang tahun 2025, selain membangunkan ekosistem yang berkaitan dengan EV.

Sehingga akhir September, para pemilik EV boleh mendapatkan perkhidmatan pengecasan pantas DC di lokasi berikut:

  • Vision Motorsports, Kg Sg. Kayu Ara - pengecasan DC 40 kW 100A dan AC 22 kW
  • Zaibar Automobile, Shah Alam -  pengecasan DC 60 kW 200A dan AC 22 kW
  • SRS Automobile, Kuching - pengecasan DC 60 kW 200A dan AC 22 kW
  • Utama Motors, Jalan Ampang - pengecasan DC 40 kW 100A dan AC 22 kW
  • Hamza Motors, Kg. Sungai Penchala - pengecasan DC 60 kW 200A dan AC 22 kW

Buat masa ini, tiga daripada lima fasiliti (Vision Motorsports, Zaibar Automobile dan Utama Motors) sudah pun lengkap dipasang dan dibuka kepada umum, sementara pemasangan pengecasan pantas DC di Nizra Group dan SRS Automobile sudah hampir selesai.
 

pekema


Menurut Zuhril Azhar Ibrahim dari Exicom Malaysia, dalam masa terdekat mereka akan memulakan pemasangan stesen pengecasan DC bagi rakan Pekema yang terletak di Kuantan, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Daripada sasaran 1,000 stesen pengecasan yang bakal dipasang, 10 peratus daripadanya akan dipasang di cawangan Pekema, sementara 30 peratus di lebuh raya dan selebihnya akan difokuskan kepada kawasan perumahan berkepadatan tinggi.

Buat masa ini, penggunaan fasiliti pengecasan adalah terbuka kepada mana-mana pemilik EV, dan kos penggunaan adalah percuma.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…