Shell Malaysia lancar koleksi kereta kawalan jauh Star Wars, dari RM49.90

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia hari ini melancarkan koleksi kereta kawalan jauh terbaharu bertemakan Star Wars menerusi kerjasama dengan The Walt Disney Company Southeast Asia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Terdapat sehingga enam koleksi kereta yang boleh dikumpul, diinspirasikan daripada watak-watak di dalam siri Star Wars seperti Darth Vader, Stormtrooper, Darth Maul, The Mandalorian, Boba Fett dan robot BB-8.
 

Shell


Koleksi Star Wars Racers Shell ini mengekalkan ciri istimewa yang telah wujud pada koleksi terdahulu termasuklah kawalan Bluetooth, serta bateri pintar yang sama seperti Koleksi Shell Motorsports tahun lepas.

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi Shell Racing App untuk menikmati pengalaman perlumbaan yang unik bertemakan pengembaraan antara galaksi.

Kesemua model ini boleh didapati bermula 6 Oktober hingga 19 November, di mana satu model kereta akan dikeluarkan pada setiap minggu secara eksklusif di stesen minyak Shell di seluruh negara.
 

shell


Setiap satu model (kecuali Darth Vader Racer) boleh dibeli pada harga RM49.90 dengan setiap pembelian bahan api (FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing) minimum RM50 di dalam satu resit.

Unit bateri Bluetooth pula dijual pada harga RM30, dengan syarat pembelian bahan api minimum RM50 seperti model kereta yang disebutkan tadi.

Peminat yang mahukan model Darth Vader Racer perlu membeli minyak pelincir Shell Helix Ultra/Power 4L, dan ia akan ditawarkan secara percuma!
 

shell


Akhir sekali, peti koleksi istimewa untuk menyimpan kesemua model tersebut turut dijual pada harga RM89.90 dengan pembelian bahan api Shell V-Power Racing minimum RM80 dalam satu resit.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis…