Siri jelajah pemeriksaan tayar percuma daripada Goodyear capai sasaran

oleh Mohamad Hanif|
Bagi memupuk kesedaran di kalangan pengguna supaya memeriksa kondisi tayar kenderaan sebelum memulakan perjalanan, Goodyear mengambil inisiatif dengan mengadakan siri jelajah pemeriksaan tayar sekitar Lembah Klang.
Kawasaki Legend Reborn

Sebanyak 10,000 buah tayar telah diperiksa dengan teliti secara percuma dalam masa selama seminggu jelajah tersebut diadakan. 
 


Siri jelajah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif "Better Future" daripada Goodyear memfokuskan kepada membina komuniti yang bijak dan selamat di seluruh negara, disamping memberi peringatan kepada para pelanggan akan kepentingan keselamatan jalan raya ketika musim perayaan. 

Para pemilik kenderaan yang terlibat diberikan sekeping kad prestasi bagi menerangkan serba sedikit kondisi tayar kenderaan mereka di samping menerima baucer pemeriksaan tayar 10 mata secara percuma apabila mereka mengunjungi outlet Goodyear. 
 


Program ini juga turut diserikan dengan pemberian lebih 2,500 Raya Thoughful Packs yang terdiri daripada Kurma Egyptian dan buku kecil asas penjagaan tayar kepada para pelanggan. 

Bersempena dengan perayaan Aidilfitri, Goodyear mengadakan promosi di outlet Goodyear seluruh Malaysia dengan pemberian baucer Aeon/Giant bernilai RM80 untuk setiap pembelian empat tayar jenama Goodyear tertakluk kepada terma dan syarat. 

Maklumat lanjut boleh dilihat menerusi laman web www.goodyear.com.my
 

Tags

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk memberikan acara tersebut seimbang, setiap pemandu diberikan peluang memandu sebuah Honda…
Berita Domestik
Sebagai satu cara untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan pengguna jalan raya ketika…
Berita Domestik
"Kami tahu tindakan kami boleh membuat perbezaan dalam melindungi hak-hak rakyat di seluruh…