Menurut CEO Teras Teknologi Sdn Bhd, Anwar Ishak, sistem-sistem yang dihasilkan oleh Teras (anak syarikat PLUS) adalah untuk kegunaan lebuhraya dan ini termasuk sistem sediada seperti Touch n' Go dan SmartTag.
ANPR akan menjadi sistem sokongan untuk memastikan kenderaan yang betul akan dikenakan jumlah bayaran tol yang tepat. Ia juga akan digunakan sebagai solusi bagi sebarang aduan pembayaran tol yang dikatakan tidak tepat.
Ketua pegawai teknologi Teras, Kang Yew Jin pula menambah bahawa sistem validasi ANPR masih belum optimum dan ia akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain untuk mengenalpasti plet nombor yang tidak standard, fancy, kotor atau patah.
Jika sistem ini beroperasi dalam keadaan optimum, kenderaan boleh melalui plaza tol dengan kelajuan 30 kmsj, lebih tinggi dari SmartTag pada kadar 20 kmsj.
Sistem ini telah diuji sejak Julai 2020 di plaza tol Hutan Kampung-Sungai Dua yang menyambungkan Kedah ke Pulau Pinang.
Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mewujudkan lebuhraya sistem Multi Lane Free Flow (MLFF) - plaza tol tanpa halangan dengan sokongan RFID - menjelang tahun 2026.
Ia akan menggantikan sistem SmartTag yang terbukti semakin bermasalah walaupun dengan peranti baharu.
Sistem ANPR juga akan dibantu dengan operasi plet fancy oleh pihak Polis DiRaja Malaysia kerana kerajaan Malaysia nampaknya masih enggan menggunakan nombor plet seragam atas dasar belas ehsan kepada jutaan kedai plet nombor di seluruh negara.