Skandal Daihatsu: Perodua buat penilaian terperinci, bakal berbincang dengan pihak berkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Daihatsu Motor Co (DMC) awal pagi tadi, Perodua dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang melakukan penilaian terperinci berkenaan isu tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan itu sahaja, Perodua juga akan melakukan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia tentang kesan perkembangan isu penyelewangan prosedur Daihatsu yang melibatkan kenderaan keluaran mereka.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya memohon maaf kepada pelanggan yang dihargai serta orang awam di atas keresahan yang timbul daripada pengumuman tersebut.

 

Perodua

 

Jelasnya lagi, Perodua akan berkongsi hasil perbincangan yang dibuat dengan semua pelanggan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Daihatsu mengumumkan penangguhan sementara penghantaran kenderaan baharu disebabkan oleh penemuan 174 masalah dalam 25 item ujian, melibatkan 64 buah model termasuklah model Perodua dan Toyota.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…