smart #1 2023 akan dilancarkan suku keempat tahun ini, bakal beri saingan EV segmen premium

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Persaingan segmen EV kini dilihat semakin rancak, terutama sekali dengan kehadiran rasmi Tesla ke pasaran Malaysia yang memberikan impak besar terhadap pengguna dan jenama pesaing.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Satu lagi jenama terkenal di bawah Mercedes-Benz dan Geely Holding, smart juga bakal menyertai saingan dengan pengenalan model EV terbaharunya pada suku keempat tahun ini, iaitu smart #1.

EV #1 merupakan model pertama smart yang dilancarkan sejak Geely menguasai 50 peratus pegangan di dalam syarikat tersebut daripada Daimler.

 

2

 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Proton menerusi anak syarikat baharunya iaitu Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah dilantik untuk menguruskan jualan dan pengedaran kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

Berikut merupakan beberapa maklumat teknikal mengenai smart #1 yang bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini:

  • Dibangunkan menggunakan platform EV SEA daripada Geely, iaitu platform sama yang digunakan oleh Volvo EX30
  • Dikuasakan pek bateri berkapasiti 66 kWh NCM (nikel, kobalt, mangan), dengan jarak gerak sehingga 440 km
  • Menyokong pengecasan AC 22 kw (10-80 peratus sekitar 3.5 jam), dan pengecasan DC 150 kW (10-80 peratus di bawah 30 minit)
  • Dari segi kuasa, smart #1 dijana menggunakan satu motor elektrik pada roda belakang (RWD)
  • Menghasilkan 268 HP dan 343 Nm, dengan kelajuan maksimum 180 kmj
  • Untuk versi prestasinya iaitu Brabus, ia dijana motor berkembar menjadikannya pacuan semua roda (AWD)
  • Versi Brabus pula menghasilkan 426 HP dan 543 Nm, dengan pecutan 0-100 kmj dalam masa 3.9 saat

 

3

 

Dari segi saiz, smart #1 memiliki dimensi 4,270 mm panjang, 1,822 mm lebar, and 1,636 mm tinggi. 2,750 mm jarak roda dan kelegaan jarak bumi 182 mm.

Sekaligus meletakkannya sebagai sebuah crossover SUV dan meninggalkan imej comel lamanya.

Dari segi rekaan luaran, ia didatangkan dengan lampu depan Cybersparks Matrix LED, DRL LED bersepadu, isyarat membelok berurutan, gril hadapan bercahaya, pemegang pintu elektrik bercahaya, logo sisi bercahaya, roda 19 inci, bumbung halo panoramik dan rel bumbung.

 

4

 

Pada pasaran global, smart #1 ditawarkan dengan empat varian iaitu Pro+, Premium, Pulse, dan Brabus. Setakat ini masih belum dapat dipastikan berapa varian yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Baru-baru ini juga, pihak media telah diberi peluang untuk memandu uji dua varian smart #1 iaitu Premium dan Brabus.

Bagi pengalaman pemanduan pertama, boleh dikatakan #1 merupakan sebuah EV dalam segmen premium dengan pemanduan yang sangat selesa bersama tetapan suspensi jenis topang MacPherson di depan dan multilink di belakang.

 

6

 

Untuk versi Brabus pula, tetapan suspensi telah ditala lebih keras untuk memberikan pemanduan lebih agresif terutama di selekoh.

Antara yang menarik dan agak pelik, versi Brabus turut didatankan dengan bunyi enjin palsu yang dihasilkan oleh Brabus, di mana penulis merasakan ia agak mengganggu kerana bunyi yang terlampau bingit

 

1

 

Menjengah pada bahagian dalam, jelas kelihatan bahawa smart #1 menerapkan rekaan Mercedes-Benz, bersama papan pemuka berbentuk T.

Ia turut dilengkapi skrin infotainment bersaiz 12.8 inci di tengah, dan skrin instrumen bersaiz 9.2 inci bersama head-up display (HUD) berwarna 10 inci di bahagian pemandu.

 

2

 

Menambahkan lagi ciir premium, smart #1 turut dilengkapi sistem bunyi jenama Beats bersama 13 pembesar suara 640 W, bersama fungsi Android Auto, Apple CarPlay dan pengecas tanpa wayar.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Smart Malaysia mengenai varian yang akan dibawa dan harga yang ditawarkan.

 

3

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia berkata, "Kejayaan smart #1 tidak hanya…
Model Terbaharu
Seperti mana laporan terdahulu, tiga varian tersedia untuk pasaran Malaysia, iaitu varian aras mula…
Berita Domestik
Dalam masa yang sama, mereka turut menawarkan varian crossover berprestasi tinggi smart #1 Brabus,…