Hello smart App ini menawarkan susunan empat tab utama untuk memudahkan urusan pengguna dan pemilik EV, seperti berikut:
Discover - akses kepada berita dan acara terkini, halaman komuniti, serta brosur digital produk
Vehicle - maklumat kenderaan masa nyata seperti status bateri, pengecasan, jarak gerak, selain akses kepada fungsi seperti pendingin hawa, pintu, tingkap, serta penjadualan masa pengecasan
e-Mall - kedai dalam talian untuk produk rasmi dan aksesori smart, serta peluang mendapatkan mata ganjaran yang boleh ditebus untuk ganjaran yang lebih menarik
Profile - merangkumkan semua fungsi smart App dan menawarkan pilihan pengesahan peribadi
Selain daripada itu, Hello smart App juga menawarkan empat ciri pertama di Malaysia, seperti berikut:
Peta Pengecasan Atas Talian - informasi berkenaan stesen pengecasan yang lebih komprehensif, selain pencarian lokasi, memulakan proses pengecasan dan membuat pembayaran
Permohonan Tempahan dan Pinjaman Pembiayaan - pemilikan EV menjadi lebih mudah dengan permohonan secara digital, sekaligus menetapkan standard baharu yang lebih menyenangkan dan menghapuskan prosedur manual
One-Stop Service Home Charging Solution - menyepadukan proses pembelian, pemasangan dan penjadualan temu janji untuk alat pengecasan smartCharge
Halaman Komuniti - membolehkan pengguna berhubung, berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan dengan peminat dan pemilik smart yang lain
Aplikasi Hello smart App kini boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.