Sehingga ke saat ini, smart Malaysia mempunyai 10 cawangan pengedar di lokasi strategik bagi memastikan setiap pembeli menerima unit masing-masing dalam tempoh singkat.
smart #1 telah pun rasmi dilancarkan pada bulan lepas, dengan penawaran sehingga tiga varian utama termasuklah versi prestasi tinggi Brabus dengan jarak gerak yang mampu mencecah 440 km untuk sekali cas penuh.

Sebagai meraikan golongan pembeli terawal, smart Malaysia menawarkan pakej jaminan menyeluruh, termasuklah pakej pengecas rumah smartCharge bernilai RM3,200 yang didatangkan dengan jaminan selama dua tahun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, "pengedaran 100 unit smart #1 yang menembusi rekod pengedaran paling singkat amat menggembirakan kami. Ia membuktikan kereta kami diterima oleh segmen pembeli yang menitikberatkan gaya dan keperibadian.
Serentak dengan pencapaian ini, smart Malaysia telah menghasilkan sebuah klip video khas yang boleh ditonton pada pautan INI.