Status PKP Fasa Kedua bakal diketahui dalam tempoh 72 jam

oleh Mohamad Hanif|
Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui dalam tempoh kira-kira 72 jam ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman pada Jumaat ini yang pastinya dinantikan rakyat di seluruh pelusuk tanah air.

Jika diteliti, rakyat mengharapkan ia tidak dilanjutkan selepas memasuki hari ke-22 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.

Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik COVID-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara, sebanyak 170 kes baharu COVID-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhan 63 kematian.

Indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh PKP namun tangkapan individu yang ingkar PKP di seluruh negara sehingga semalam sudah mencecah 6,451 orang.

Menyentuh mengenai operasi sanitasi awam COVID-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 666 operasi sanitasi di 79 zon termasuk kesemua 18 Zon Merah.

Dalam tempoh itu, bangunan kerajaan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyah cemar termasuk 24,077 unit rumah PPR.

Pastinya operasi itu penting kerana kini terdapat satu lagi lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), yang terbaharu bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di sini.

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di tiga kawasan iaitu Simpang Renggam, Kluang, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, dan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…